LAM3201 blog

Hi semua!

Nama saya Marianne. Dalam video ini, saya akan menghuraikan kebaikan belajar bahasa melayu.
Tahun ini saya mahu sambung belajar bahasa melayu kerana saya ialah pelajar kerja sosial. Dalam kerja sosial, kita mesti bercakap dengan orang yang cakap bahasa cina, melayu, atau tamil.

Pada bulan May hingga July, saya membuat kerja masyarakat di Bukit Merah. Bukit Merah ada banyak orang bercakap bahasa melayu. Saya berasa bahawa pekerja sosial patut bercakap bahasa melayu dengan penduduk Bukit Merah supaya mereka mahu berjumpa kita lebih kerap.

Kebaikan lain belajar bahasa melayu ialah untuk memesan makanan Melayu. Makanan kegemaran saya ialah nasi padang. Saya selalu membawa kawan-kawan dan teman makan di Padi’s di Bussorah Street dan Hajah Maimunah, sangat sedap lah! Tetapi saya berasa Hajah Maimunah lebih sedap daripada Padi’s. Kalau saya belajar bahasa melayu, saya boleh faham hidangan nasi padang seperti ayam masak merah dan ayam lemak. Saya juga boleh memahami dan menyambung dengan kawan saya yang orang melayu kerana kita berbual sambil kita makan.

Akhirnya, memang baik untuk belajar basaha melayu apabila keluarga bercakap basaha melayu kerana mereka dari Malaysia. Keluarga nenek saya dari Kuala Lumpur begitu mereka suka bercakap bahasa melayu. Apabila saya pergi ke KL untuk melawat keluarga nenek saya, saya mahu memahami keluarga saya kemudian kita mempunyai hubungan yang lebih baik.

Terima kasih untuk membaca dan menonton! 


Leave a comment

Design a site like this with WordPress.com
Get started